Assalamualaikum and Hi :) Happy New Year Geng! i baru balik harini ada wedding dekat Shah Alam. My best partner & I pusing pusing Shah Alam. It was great to start a new me. Tahun baru ni I harap I lebih ceria, bahagia dengan orang-orang yang I sayang. Ameen InshaAllah. I plan nk buat business baru tapi kita tengoklah macam mana. I taktahu lah tapi bulan December haritu i dah tolak 2 rezeki sebab nak fokus untuk business baru ni. Harini pulak tiba-tiba ada orang approached I tanya pasal kerja i jadi serba salah. Kunaa kau nak mana satu ni hah? ha gituu haih you ingat i ada masa ke nak sakit kepala?
You know what i nak buat closing for 2019 ni haha. 2019 banyak sangat mengajar i untuk menjadi lebih matang dalam buat keputusan, untuk sentiasa get ready dengan kemungkinan yang akan berlaku, untuk tidak terlalu percaya dengan orang sekeliling, untuk tidak terlalu berharap, untuk percaya dan yakin hanya pada yang 1 Allah swt. Dia yang maha mengetahui segalaNya. Ada satu bulan tu I stress sebab duit i cukup2 je untuk bayar tuition fees, kereta and utility yang lain lah untuk buat makan and minyak kereta takde pastu hari hari sedih hari doa doa and yakin satu haritu Allah bagi rezeki dekat I. I sumpah emosi sebab Allah perkenankan doa I. I hilang ramai kawan. kawan kawan yang i paling sayang sangat. i sedih dua minggu. tiap tiap malam i fikir apa salah i pastu ada satu hari tu i cakap kt diri sendiri "Naa you know what buat apa nak sedih dekat orang yang dah pergi? Biar jela yang pergi tu pergi. The best will stay Naa don't worry. And now ada 3 orang yang betul2 I sayang dalam hidup i. Semoga diorang tak tinggalkan i tahun 2020 ni :") i jugak kerja as Guru Bahasa Arab. i think that one is the best moment and great experience in my life dapat mengajar student yg comel-2 dari darjah 1- darjah 6 tapi tak lama pun i berhenti on may 2019. i tak sanggup hadap dengan toxic environment. Jadi daripada i stress nangis setiap malam baik i undur diri. that one is the best step juga. Sebab finally i baru happy dengan kehidupan i. Ada masa i sedih pasal family I, I keluar pergi dekat tasik. i nangis semahu mahunya masa tu pukul 8 lebih i nangis sampai 10.30 malam. nangis semahu mahunya balik rumah i sambung lagi sampai ke pagi. Esokkannya kepala i pening sebab nangis banyak sangat mata bengkak pastu tutup dengan eyeshadow jumpa orang senyum macam takde apa yg berlaku. haha kelakarnya. Ada juga part kereta rosak so kena pergi kerja pakai public transport and suprisingly im the one yg paling happy masa tu. hahaha sebab dah lama gila tak guna public transport entahla kuna da gila kot. i pergi shopping sesorang tengok wayang sesorang masa apex busy kerja and im happy to do that alone. Part happy? of course bila i dengan my best partner. I happy sangat sangat serious even dah 9tahun lebih kenal tapi still excited bila nak jumpa share everything together. Sumpah i bersyukur sangat Allah pertemukan kita. Tapi sekiranya dipertemukan sebagai pengajaran i rasa dia kenangan yg terindah untuk i. dan kalau sekiranya kami dipertemukan untuk disatukan Alhamdulillah i rasa i yang paling happy dalam dunia kot. hahaha Terima kasih 2019. you taught me a lot. Thankyou so much for everything that happenend.
Esok i share pasal new resolution 2020 pula k?
Hehe gerak dulu geng,
pape komen kt bawah :)
Thursday, 2 January 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
dah bace follow ye budak comel sekalian ^^