Yang bernama manusia itu, terkadang Allah takdirkan bertemu dengan manusia lain hanya sekejap cuma. Cukup untuk mencipta serangkap kenangan sebagai penyambung rindu.
MEMORIES
Kau dengan memori kau.
Aku dengan memori aku.
Tapi macam mana kalau memori itu antara kau & aku? harhar.
Memori ini tiba-tiba menjajah di setiap pelusuk ingatan yg tiba-tiba jadi kosong dalam bahagia. Tiba-tiba jadi sunyi dalam riuh rendahnya. Dan dari situ memori mencelah mengikut keadaan. Semangat dan apa yg terfaktab dalam diri individu. Serta apa yg sedang difikirkan. Walaupun kekadang tak bersesuaian masa dan cara. Adakalanya ia membina kekuatan dan adakalanya menjatuhkan dalam motion sangat perlahan. Memori terlalu banyak nyatanya sampaikan ada yg indah tapi tak terluah. Ada yg sedih kecewa tapi masih mampu memotivasikan diri untuk yg lebih baik. Alhamdulillah binalah kekuatan diri dari pelbagai sudut. Yang sepatutnya belajar melepaskan, wake up, move on and let it go. Dan pada suatu saatnya nanti, kita hanya akan menjadi sekeping gambar dan memori. Terkadangkan kita tidak tahu nilai sebenar momen indah itu sehingga ianya menjadi satu memori dalam hidup. Satu pengalaman yg amat mendewasakan diri dari jadi seorang yg lemah menjadi seorang yg tabah.
Laa Tahzan wahai hati yg sering merindu. Semoga kekal kuat. Doa sentiasa menjadi pengiring di kala rindu menyapa dihati. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment
dah bace follow ye budak comel sekalian ^^