Pernah tak suatu ketika dahulu, ada sebuah nama tiba tiba terpahat dari hati kita? Luruh.
Seperti dedaunan di musin gugur. Datangnya bersama angin yg bertiup lembut. Lalu singgah di hati. Dan kemudian berlalu pergi bersama deraian air hujan.
Aku di sini terdiam. Menatap hampa pada musim yg berubah warna. Merah, biru, putih, kuning dan hijau. Berpadu menjadi dedaunan yg lapuk. Setiap detik adalah nafas kehidupan untuk tetap teguh berdiri lagi. Berharap agar hidup untuk tidak menjadi sia-sia.
Aku tahu, pada akhirnya memang akan seperti ini. Terduduk diam menatap hampa pada waktu yg berlari dan berubah di depan aku. Sedangkan langkah masih terasa berat untuk bangun melangkah.
Suatu ketika, hati ini pernah bermonolog sendiri bahawa,"Hidup ini perlu diteruskan, meskipun tanpa dia disini." Dan akan aku ingat bahawa monolog itulah jawapan bagi semua penantian kelmarin. Tidak ada yang berubah dari firasat hati ini. Bahkan setelah lama aku menanti dan menunggu, Aku, Kamu, kita masih sama.
Detik jarum jam kembali berputar, berganjak dari perhentian terakhirnya. Dan aku, memang harus meneruskan perjalanan ini, seperti kata monolog hati aku. Meski dalam keadaan tertatih.
Aku percaya, suatu ketika nanti, aku akan menemukan musimku sendiri. Musim yg akan memayungiku dengan bunga-bunga. Musim yg tidak mudah luruh dan berubah warna. Musim yg hanya akan aku kunjungi seumur hidup namun akan bertahan di sana selamanya. Itulah musimku.
Angin dipenghujung musim itu masih berhembus lembut, membelai sehelai kain nipis dimuka aku yg mulai basah. Daun-daun tak henti jatuh. Luruh ke bumi. Hiba.
Semoga aku, kau,kita bahagia dengan musim kita sendiri. Wahai saudara yg pernah beradaa di tempat yg istimewa dalam hati semoga kau sentiasa tabah menghadapi dugaan yg akan datang. Semoga kau kekal kuat seperti dahulu. Hanya doa yg mampu aku ungkapkan :")
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment
dah bace follow ye budak comel sekalian ^^