Monday, 13 June 2022

preparation for the wedding



The day we both finally tied the knot. Alhamdulillah for everything. Theres so much thing yang i tak suka langsung waktu hari kejadian. Entahlah since preparation lagi dah tah pape. okay let me share the stories. i cerita waktu preparation dulu la okay.


Preparation

As you gais know waktu ni pkp. Pandemic yang tah pape ni k. So sangat sukar kedai diarahkan tutup everything kena online je. i pulak sejenis yang tak suka beli online sebab nanti tak kena nak kena return ambik masa berapa lama pulak pastu tak boleh nak rasa kualiti dia cemana semua lah.

so benda pertama is Baju. Baju melayu alhamdulillah la senang je nak cari. Baju i? hm i seorang yang sangat sangat cerewet k bab baju i know kalau i pakai baju cenni nanti i gini gini. i suka sangat baju yang simple and minimalist. So i beli baju yang simple one tapi harga tak simple la cite dia hahaha. Dah Bonda tak suka pulak dah baju tu sebab kakak i tah pape tu yg cakap gitu gini. i cam hm kan i nak kahwin sibuk dengar orang cakap asal. memang nak simple je pun. i dah takde mood so i beli la baju lain yang i tak berapa suka pun dengan baju tu. Dah pasal baju tak de mood 👎


Okay moving on to the cincin. I suka sangat cincin yang i pilih tu batu dia warna pink and petak sangat cantik and memang style i. My husband punya size okay muat ngam je. Sampai kat i tak muat beb  😪 you know what cincin tu i siap suruh orang tu ukir lagi nama and my husband dalam jawi. Bila sampai kat i, cantik sangat i suka tapi tula takde rezeki tak muat hm dia ketat satu size jela yela kan pkp so tak boleh pergi sendiri kedai ukur betul betul ukur online je ko rasa tah pape lah jadi dia. hm so cincin pun 👎


Next is kasut & shawl. This two Alhamdulillah i suka high heels i and kasut my husband cantik cause kitaorang beli sendiri dekat sunway so memenuhi cita rasa i. Shawl pun sama i yang pilih online i takdelah suka sangat tapi okay jela dengan i. sometimes kan kita tak boleh perfectionist sangat. so i okay je dengan dua dua ni. Alhamdulillah 👍

 

Bunga tangan memang la waktu tu kalau nak ikutkan boleh je order macam yang i nak tapi kan pkp so diorang ambik masa dua bulan awal untuk order so takde masa dah. i nak bunga hydrangea biru and purple. Cantik sangat tapi tula waktu tu i burn down. i gaduh dengan bonda and kakak. sebab tah pape. waktu sebelum tu dia cakap lain waktu malam tu dia cakap lain pula i terasa sangat sangat. padahal esoknya nak nikah dah. I nangis terukk. i suruh semua keluar dari bilik i. Biar i buat sendiri. sedih ya waktu tu takde orang tolong. i takde kawan kawan pun ada apex je jadi bestfriend i. pastu family pula macam tu. i waktu tu dah nak cancel dah nikah tu. i mcm takpela cam banyak sangat je halangan nak nikah ni kan. so bunga tangan tu i buat sendiri. okay la untuk i yang tak pernah buat. i rasa cantik je bunga tu. cuma keadaan tu yang buatkan i sedih. you know what lepas nikah malam tu i cerita kat husband i nangis nangis sedih sangat punya pasal. mixed feeling 🙃


Henna i nak buat henna night. kan kahwin sekali je seumur hidup tak boleh ke biar i rasa cam happy sikit dalam hidup ni. harhar in your dream jela. so tak buat. i buat henna je. henna tu ok cantik sangat i suka i yang pilih design and orang yang buatkan tu pun okay je pandai dia buat. cuma keadaan yang tak mengizinkan. kan i cakap tadi i cuma ada apex je jd bestfriend i. so sehari sebelum nikah tu i kena keluar g ioi beli barang. jadi kena basuh cepat sebab dah takde orang nak tolong. waktu tukan rumah i takde orang semua keluar. yg ada i dengan akak henna tu je. you bayanglah nak pick up call pun kena guna kaki sebab tangan dah inai. haha sedihnya la membe takde. jadi i terpaksa pakai kejap je dan basuh. tapi takpelah i redha je dengan keadaan waktu tu. 👍


mua ni hm entahlah i terpaksa pilih dia sebab dah takde pilihan. i janji dengan dia pukul 8 sebab nikah pukul 10. majlis pukul 12. tapi dia kata dia tak free dia nak datang sebelum subuh i cam whut?! nak cancel dah bayar dia bagitau dua hari sebelum kejadian tu yang dia kena datang pukul 5.30am. i cam hm aku dah start feeling tak best ni. i pun redha jela. dalam otak i mesti makeup i jadi cakey. so before dia datang tu i dah prep muka i. dia datang dia g sapu ya. aku cam eh eh ko ni. so dia makeup lah. weh setengah jam je ok pastu dah crash balik ya hm dah start cakey. i cam hm moody satu hari. nak taknak i kena habiskan nikah dulu dekat pejabat agama. pastu baru i cuci i makeup sendiri. baru okay tak cakey. haih lah membazir rm600. so mua 👎


Pelamin i yang pilih mini pelamin je tapi cantik i suka. Alhamdulillah 👍


phtographer ni husband i yang hire membe dia. i tak berapa berkenan sangat sebab tah. tahla taktau nak cakap tapi i tak berapa lah. pastu sebab kan busy banyak gamba yang sepatutnya time kahwin kena ada contoh gamba family pengantin pe semua kan semua busy patut dia lah kena g panggi; or ingatkan ke pe ke. tapi idok so gamba family i takde. hahaha kelaka. and style gamba yang orang selalu tangkap pun takde. so hm meh 👎


And yang major untuk majlis tu adalah baju,cincin and mua betul? yang lain minor je. so yang major tu dah buatkan majlis tut ah pape and i tak rasa best langsung. i redha je waktu tu. sedihnya haha majlis nikah dahla sekali je seumur hidup jadi tak best langsung pulak tu hm. 



Saturday, 4 January 2020

Azam 2020


Hello again :3 hehe so today nak share pasal my new year resolution. hm macam banyak nak share ni ihiks. So i bahagikan kepada 1. Spiritual 2. Life 3. Eating style. 4. Love

Spiritual :-
* I nak khatam quran 3 kali tahun ni
* I nak slow qada' semua solat-2 yang tertinggal dulu-2
* I nak banyakkan puasa sunat

Life :-
* I nak buang negative people tak kisah lah kau siapa pun asal kau negative bitter aku buang, settle. Oki.
* I nak ada lebih masa untuk diri sendiri, family & my sayang ;)
* I wanna try to calm down & solve my problems rather than run away from my problems.
* I want to appreciate every single thing in my life.
* I nak simpan duit banyak-2 tahun ni at least 5k lah 
* At least travel to 2 places Melaka and Perak maybe?
* I want to make my new business grow and dapat pulangan InshaAllah semoga Allah perkenankan. Ameen ameen ya rabbal alamin.

Eating Style :-
* Eat healthy.
* Drink 2.5 litre
* Learn how to cook :)
* Avoid oily food, soup soup etc
* All about fruits and vegetable hihi and grilled thingy

Love :-
* Always wanna try new things with my sayang. Ehehe
* Maybe staycation?
* Barbeque with my family at sungai hehe
* Dating at new places.
* Kursus kahwin maybe? ihiks

Thats all for my new year resolution. Actually my biggest dream is to give something back for Bonda & ayah. Doakan I semoga impian I tercapai. InshaAllah tolong Ameenkan ramai ramai geng :")

Thursday, 2 January 2020

Happy New Year

Assalamualaikum and Hi :) Happy New Year Geng! i baru balik harini ada wedding dekat Shah Alam. My best partner & I pusing pusing Shah Alam. It was great to start a new me. Tahun baru ni I harap I lebih ceria, bahagia dengan orang-orang yang I sayang. Ameen InshaAllah. I plan nk buat business baru tapi kita tengoklah macam mana. I taktahu lah tapi bulan December haritu i dah tolak 2 rezeki sebab nak fokus untuk business baru ni. Harini pulak tiba-tiba ada orang approached I tanya pasal kerja i jadi serba salah. Kunaa kau nak mana satu ni hah? ha gituu haih you ingat i ada masa ke nak sakit kepala? 

You know what i nak buat closing for 2019 ni haha. 2019 banyak sangat mengajar i untuk menjadi lebih matang dalam buat keputusan, untuk sentiasa get ready dengan kemungkinan yang akan berlaku, untuk tidak terlalu percaya dengan orang sekeliling, untuk tidak terlalu berharap, untuk percaya dan yakin hanya pada yang 1 Allah swt. Dia yang maha mengetahui segalaNya. Ada satu bulan tu I stress sebab duit i cukup2 je untuk bayar tuition fees, kereta and utility yang lain lah untuk buat makan and minyak kereta takde pastu hari hari sedih hari doa doa and yakin satu haritu Allah bagi rezeki dekat I. I sumpah emosi sebab Allah perkenankan doa I. I hilang ramai kawan. kawan kawan yang i paling sayang sangat. i sedih dua minggu. tiap tiap malam i fikir apa salah i pastu ada satu hari tu i cakap kt diri sendiri "Naa you know what buat apa nak sedih dekat orang yang dah pergi? Biar jela yang pergi tu pergi. The best will stay Naa don't worry. And now ada 3 orang yang betul2 I sayang dalam hidup i. Semoga diorang tak tinggalkan i tahun 2020 ni :") i jugak kerja as Guru Bahasa Arab. i think that one is the best moment and great experience in my life dapat mengajar student yg comel-2 dari darjah 1- darjah 6 tapi tak lama pun i berhenti on may 2019. i tak sanggup hadap dengan toxic environment. Jadi daripada i stress nangis setiap malam baik i undur diri. that one is the best step juga. Sebab finally i baru happy dengan kehidupan i. Ada masa i sedih pasal family I, I keluar pergi dekat tasik. i nangis semahu mahunya masa tu pukul 8 lebih  i nangis sampai 10.30 malam. nangis semahu mahunya balik rumah i sambung lagi sampai ke pagi. Esokkannya kepala i pening sebab nangis banyak sangat mata bengkak pastu tutup dengan eyeshadow jumpa orang senyum macam takde apa yg berlaku. haha kelakarnya. Ada juga part kereta rosak so kena pergi kerja pakai public transport and suprisingly im the one yg paling happy masa tu. hahaha sebab dah lama gila tak guna public transport entahla kuna da gila kot. i pergi shopping sesorang tengok wayang sesorang masa apex busy kerja and im happy to do that alone. Part happy? of course bila i dengan my best partner. I happy sangat sangat serious even dah 9tahun lebih kenal tapi still excited bila nak jumpa share everything together. Sumpah i bersyukur sangat Allah pertemukan kita. Tapi sekiranya dipertemukan sebagai pengajaran i rasa dia kenangan yg terindah untuk i. dan kalau sekiranya kami dipertemukan untuk disatukan Alhamdulillah i rasa i yang paling happy dalam dunia kot. hahaha Terima kasih 2019. you taught me a lot. Thankyou so much for everything that happenend. 

Esok i share pasal new resolution 2020 pula k?
Hehe gerak dulu geng,
pape komen kt bawah :)

Monday, 23 December 2019

useless.

I feel like im a useless person right now. i can't do anything. im not good at anything. i want to do something but don't know how to start. haih i don't know maybe i trully useless kot kan? i nangis tadi tapi still rasa tak puas. i serabut banyak benda nak kena fikir. pasal kerja. pasal study. pasal duit. pasal kehidupan. Apa perlu i  buat? macam mana i nak start? i nangis nangis tak henti tapi still tk jumpa jalan penyelesaian. i pun tengah fikir masalah psl my relationship. every relationship kan ada ups and downs. ha ni tengah down lah ni. hm macam mana nak start azam tahun 2020 kalau masalah 2019 ni tak settle2 lagi. Ya Allah. i down. entahlah i taknak jumpa sesiapa. i sedih sangat. semua orang tengah kejar cita-cita masing-2, ada yang dah berjaya, kahwin, ada anak, kerja. i ni ada apa? apa yang i buat selama ni? hm sumpah i rasa i tak guna sangat-2. i rasa semua orang tak sayang i dah sebab i tak guna. entahlah orang cakap setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. tapi masalah tak settle2 pun lagi. asyik mcm ni je. hm i down teruk. bye

Wednesday, 23 October 2019

Happy 9 Years Anniversary 💖


 I don't know how to start this entry sebab cam em cane ek nak mulakan?! okaylah k jap (tarik nafasss hembus) pheww so today is the day 23/10/10-23/10/19. 9 tahun dah rupanya relationship kita ni geng :3 Ya Allah rasa cam baru je kita borak2 kt myspace hahaha he's my crush btw. A long long time ago lah masa tu dia tengah handsome cam amboi kemain ramai suka kau ek tapi cane tiba tiba seketul Ainaa yang dapat haha  😂😂 Ok dah cukuplah tu teaser cane Ainaa kenal membe ni. Tak boleh banyak-banyak nanti kalau betul ada jodoh kahwin dengan membe i ceritakan semuanyaa oki? Now biarlah the rest is history hehe :3 Macam karangan buat pendahuluan pulak kan cane kenal la bagai alahai. Okay sekarang kita masuk part isi yang pertama lah boleh ke? Okay jom lah kitaa....



Kitaorang celebrate hari ahad lepas which is 20/10/19 sebab free waktu tu. I okay je sebab dua dua cam busy yang tk boleh rilek punya. Dua hari sebelum tu  Kitaorang plan nk pergi candle light dinner dekat tempat yang sama masa 1st year anniversary dulu nak throwback la konon en so pergi lah kt tempat tu nak booking sekali kedai tu tengah renovate gais. Haha so cam okayla kita makan buffet jela bukan nk buat apa pun kan lepak jela makan makan chill chill. Tu i punya plan k pastu si muhd akmal ni dia langsung tak membantu ye dia cam ha okay je ikut je memana semua okay aku stress 😔 Tengah bergaduh nak celebrate kt mana tu i pun search la then jumpa yang best so decide nak pergi situ tapi kena booking sehari awal. 

Okay so thats the plan. Hari kejadian i cakap ambik i pukul 5.30 sebab nak pergi ioi jap beli film camera instax tu Apex pick up pukul 6.30 gais i cam dah expect la dia lambat so i okay je 9tahun dah hadap lambat dia tu so takpela dimaafkan. Dalam kereta dia cakap hadiah tunggu hari Rabu tau sebab tk siap lagi then I okay je sebab niat memang nak makan borak-2. Kitaorg sampai dalam pukul 8.15pm mcm tu elok smpai hujan sis. haha tunggu jap dalam kereta 10minit. 

So tempat dia cantik, set up lawa, ada kelopak bunga atas meja semua. Order makanan borak-2 I happy sangat masa tu sebab dah lama tk spend time sama sama face to face share story semua. Then dia cakap nak gi toilet tau i tak expect apa apa langsung sebab apex dia memang pergi toilet lama gila berak batu ke apa taktahula tapi dia memang centu 😂😂😂 yang i pulak sibuk tengok GoprO tu on ke tak semua so tak perasan langsung dia lalu sebelah i hahaha kalau tengok balik video kt gopro tu boleh nampak dia pandang i takut i perasan 😂😏

Tiba-tiba waiter tu bawakkan cake dia tulis Happy 9th Anniversary then apex datang bawak bunga & hadiah. i terpinga-pinga kt situ yaa. I macam aikk kenapa dpt bunga sebab apex memang  cakap dia takkan bagi bunga nanti bunga tu mati bazir hahaha so i ha yelah halah so tu lah dia I nak nangis tapi tk boleh kena masukkn balik air mata tu dalam mata hahaha penat i buat makeup 1jam setengah tau. Habis makan kitaorg lepak bawah klcc dalam 10minit then balik.

Pastu malam tadi dia whatsapp i panjang gila wish anniversary. i nangis terus sebab hahaha apex kalau siapa kenal dia, dia bukan mamat yg sweet tau no dia tak pandai langsung kalau wish apa apa mesti sikit je dari dulu memang mcm tu. Hahaha i gelak sambil nangis serious kelakar. Semalam waktu dia hantar text tu kt I, i dah nampak yang dia betul-2 serious dengan relationship ni. You know perempuan kan bila partnerdia cakap dia serious ke apa tapi tkde action still perempuan tu mcm yeke? yeke serious? Still rasa tak yakin tu ada tapi semalam I nampak dia betul-2 serious & ikhlas pasal relationship ni. Semoga Allah pelihara kami berdua. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen Ameen InshaAllah.

Sayangg, thankyou for everything youu've done for our relationship, dari dulu sampai lah sekarang tak jemu-jemu nak bahagiakan seorang Ainaa, tak jemu-2 nak layan perangai  craving 9tahun ainaa  kejap nak itulah kejap nak inilah. Dia sorang je boleh handle time I mengamok hahahah habis semua orang i marah 😂 Apa yang i nampak dalam relationship ni bila kitaorang bincang pasal our future, apa yg i suka apa yg i tak suka dia slow slow berubah, slow slow buang perangai buruk. I paling suka tu :") Berubah kearah yg lebih baik. Satu benda yg I suka bila waktu susah. time dia susah i tolong diaa, time i susah diaa tolong i. I don't know tapi benda tu buat I rasa mcm emosi sangat sebab bukan semua orang nak ada waktu kita susah waktu kita takde apa-apa. Terima kasih terima I seadanyaa sayang, terima baik buruk I, terima time i tengah tak cantik muka selebet hahaha. I sayang kita punya relationship ni. Sayang sangat. I bersyukur gila dapat kongsi hari-hari i sejak kecik sampai lah sekarang, form 2 tu kira kecik lah kan tk matang lagi kan? ehek sampai 22tahun dah ha ya ampun cepatnya masa berlalu. Dari umur i 14tahun sampai sekarang 22tahun kenal diaa. Hahaha tapi still tak pernah bosan tengok muka dia. 


Video malam candle light dinner tu semua ada dalam gopro tak boleh nak masuk sini lagi sebab besar nau file. Kena tunggu apex edit nanti haha. Benda yg I frust is waiter dia tak reti tangkap gambar semua blur aku stress betul bayar memahal tak reti tangkap pulak halah. So ada lah satu dua je gambar yg okay sikit.




























Iloveyou so much Muhd Akmal
?💓💙💚💛💜💟💞💝💢😙😚😘😍
Happy 9 Years Anniversary sayang!






Wednesday, 2 October 2019

Angin berlalu pergi

Assalamualaikum and Hi :) Its been awhile geng. Tak tahu macam mana nak describe perasan sekarang ni tapi yang pasti bila Kuna terlalu sedih atau happy mesti akan ada coretan disini. Singgah dekat sini untuk ingatan suatu hari nanti bila dah berjaya boleh tengok balik macam mana kehidupan seorang Kuna sebelum berjaya. Gais, im in a phase where I don't know what to do and how to do to achieve something. you know what i mean right? Fasa dimana kau ada impian dalam fikiran tapi taktahu mcm mana nak jadikan ia kenyataan dan kesukaran untuk jayakan tu hari hari ada cabaran dia ya sama ada tekanan dari orang sekeliling, tekanan diri sendiri dan juga orang luar and Kuna dekat disini cuba sedaya upaya untuk nampak happy depan semua orang. Its suck ya i rasa sesak nafas kejap and i cried eyery single night. That time i sumpah down gila tahap bila duduk sorang-2 I akan nangis and sedih. I taknak cakap dengan orang sebab masa tu I rasa i useless sangat and susahkan semua orang. I simpan semua sendiri for 3 weeks sampai i dah tak tahan sangat then i told my bestfriend. Susahnya jadi adult ni semua benda nak kena fikir. kadang-kadang i dah give up dengan hidup tau tak haha i dah macam ha lantaklah. The only things that makes me happy bila i jumpa my favourite person. I tengok je diaa pastu nak nangis sebab entahlah sebak kejap kot haha you tahu kan feeling bila you acah kuat  mcm takde apa jadi tu tapi sebenarnya you ada problem? haha I tak suka susahkan orang I suka simpan je. Pastu sampai sekarang problem tu tak settle lagi. 

 Right now, i dah mula rasa okay Kuna you have to do something. you have to make a move. Sampai bila nak sedih sorang sorang & takde jalan penyelesaian kan? Better start slowly tanpa ada orang tahu and bila dah berjaya nanti baru orang tahu. I percaya pada rezeki & juga percaya pada kalau kita usaha kita akan dapat hasil dia. InshaAllah. But the problem is how? How to make a move? How to do first? Macam mana nak yakinkan diri yang I boleh sebenarnya? *Sigh* Okay let make a short list what I want in my life in general lah.

  • Stable job
  • Pay bills without worry abt anything
  • Get a new car
  • Perfect & nice figure
  • Stress free 


As you gais know im currently doing my part time studies. It was okay back then but at a certain point I rasa I kena start kerja untuk support bayar my tuition fees and all stuff. And also at the same time kereta I rosak so i kena beli baru. In order to buy a new car mestilah kena kerja dulu kan? So major problem I kerja & kereta & confident level. so how geng?

I think what I have to do is:


  • Update my cover letter/resume  (by this week)
  • Check due date for an assignment & start to do some research (2 weeks)
  • Make sure to get a job & secure it! (by 1st November InshaAllah)
  • Save all my money to buy a new car :)(October 2021)
  • Change my eating habit slowly but surely it will be okay. Don't worry hehe (Starting by this year)

Thursday, 27 June 2019

Im the luckiest girl in this world.


Hello, hihi im so happy right now. Alhamdulillah for everything yang Allah pinjamkan untuk I sekarang. Terima kasih, syukur sangat :) i just want to share my feelings hee so that bila i sedih or tengah down i boleh baca balik entry ni hihi. Tapi taktahulah nak mula cane da lama tinggal hehe maafkan sayaa. okay la k i start now.
As you gais know that my love story is always the same person sejak dari 2010 lagi. Its been 8years and 8months right now geng! Im so blessed to have him as my best partner in my life for this 8 years and 8 months. Dia ada dengan I dari zaman sekolah lagi waktu i form 2, i serious ingat ni cinta monyet je sebab time sekolah haha rupanya dah 8 tahun geng ya Allah tak ku sangka ya ;D Dia ada dengan i waktu i masuk asrama, waktu i habis sekolah, waktu i nak masuk kolej, waktu i down dekat asrama kolej, and now little update about my life. I still study degree partime sabtu ahad and kerja full time. Penat dia Allah je tahu cane i sedih semua ya ampun sumpah tak sanggup tapi demi sesuap nasi agittew! i survived 4 bulan je. pastu i berhenti sebab i tak suka kerja dengan orang toxic & environment toxic so i decided berhenti je and now alhamdulillah still survived with my own job. i freelance now and still mampu bayar my tuition fees, kereta, internet, beli makanan yg i nak and simpanan sikit. Alhamdulillah untuk segala rezeki ni ya Allah :")
Okay done updated kehidupan, now i nak story pasal my best partner ni. Ya Allah dia layan i baik sangat, kadang tiba tiba je dapat hadiah padahal bukan birthday i pun, pastu tiba-tiba je sampai rumah bawakkan favourite food I, haih cuba cakap mcm mana la i tak sayang :") i sayang sangat tau dia ni. Terima kasih untuk pinjaman ini ya Allah. i tak berhenti-2 ucap rasa syukur sebab entahlah I rasa i bahagia sangat sekarang ni kadang-2 emosi sebab happy sangat haha bodo :'D



Tengoklah ni belikan cincin padahal bukan birthday i pun 😭

pastu ada satu malam tu i ada post dekat ig story i mengidam kek coklat then tak lama dia call i tanya ada nak makan apa apa tak dia dekat Kl ni pastu i cakaplah takpelah dah malam nanti buat susah-2 je nak belikan dia pun ha okay lah. Pastu i tidur sebab da pukul 12am mcm tu. then dia call dia suruh keluar kejap then i keluar dia bg kek coklat weh dua kotak pulak tu 😭😭😭 haih macam mana lah i tak sayang dia.


Then haritu dia ada shooting dekat Langkawi then dia call i tanya nak coklat apa? i cakap nak Kinder Bueno je dengan Daim. Dia pun ha okay nanti dia belikan. Pastu esoknya kau tengok ni bukan main banyak lagi dia beli stok untuk setahun ke apa ni taktahulah terkejut beruk i banyak nk mampus sebab i bukannya suka coklat sangat. :3





He spoiled me so much sampai i taktahu nak balas cane tau ha nak nangis tu belum lagi cerita time 2017. That time i pergi rumah kaka i dekat penang them dia ada shooting dekat kedah kot tak silap. Pastu esoknya tautau je dekat depan rumah kakak i dah. I dah blur badak time tu dia mcm Surpriseee!!! haha boleh pulak kamcheng dengan ayah and bonda. Siap minta izin nak bawak jalan-2 penang. Dah jalan-2 penang tiba-tiba dapat surprise lagi haih ya ampunn 



Hadiah from Sephora! I dapat 36 soft matte lip cream from Nyx. :"") I happy sumpah happy sangat. And macam-macam lagi lah dia buat untuk gembira & bahagiakan seorang insan yg bernama Tengku Ainaa ni :") Alhamdullilah. im so happy i takde kawan pun takpelah, dia je yg jadi bestfriend and boyfriend i hihi. Apa yang i selalu nampak dekat my best partner ni rezeki yang dia dapat tu dia selalu kongsi dengan orang-2 sekeliling. Sebab tu lah kot dia murah rezeki. Haha i doakan supaya Muhd Akmal sentiasa dalam lindungan Allah dimanapun dia berada, dimurahkan rezeki berlipat kali ganda so boleh share dengan orang lain juga sebab dalam rezeki kita tu ada rezeki orang lain juga. ingat tu geng oki! hihi Semoga dipanjangkan umur & cepat-cepat lah masuk meminang dah lama i tunggu tau. loveyouu so much sayang 💓💓💓💓💓💓


Friday, 9 November 2018

Missed you.

Hi, im back with my sad emotion again :"). Hi sayangg, how are you? is everything okay? i miss you sayang. Rinduu sangat 😭 Rindu semua. hm i missed yr smile, yr laugh, your silly jokes, yr love. hm semua lah. Bila nk balik? lamanyaaa 😢 Busynyaa kat sanaa hm. I taktahu nk react mm mana sebab tahlah bercampur campur perasaan ni. Perasaan sedih sangat sbb jauh. Perasaan marah kenapa even busy sangat takkan 1 text pun tk boleh nk hantar. Perasaan bila sakit nak org yg sayang dekat dgn I. Perasaan rindu nk gurau semua tu. I don't know. Hm kenapa lah benda mcm ni blh seksa jiwa raga I. Its been 20days already without you, text from you even yr voice. I miss everything abt you sayang. hm banyaknya story nk cerita :") Tahu tak sekarang i buat semua benda sorang2, dulu awak hantar pg class, now I drive sorang2 pg class, I stay kt Starbucks for the whole day nk siapkan assignment, I lunch sorang2, kadang2 sampai tk makan pun sehari sebab tk rasa lapar pun. Kalau boring sangat, i pergi tgk wayang sorang2 pun jadilah haha, Dulu awk selalu layan sy meroyan craving nk mkn apa, sekarang sy craving apa2 sy senyap je, kalau teringin sangat baru pergi beli sendiri :"). Its so damn hurt you know tk blh ws semua and you pun kena pura2 hadap dgn tenang mcm okay je tk sedih pun padahal haih. I know busy sebab kerja bukan sebab lain tapi I still tk blh. But at least i try I tak ws apa pun I tknk kacau diaa sibuk. So hari2 i harap dia ws. hari2 bila phone bunyi I harapkan ws datang dari dia :") hm i miss you so much sayang 💔 Balik cpt okay? I tunggu.
Iloveyouuu 💗

Friday, 26 October 2018

Happy 2,923 day together.

HI, Im back :) sorry I kena cari kekuatan lagi nk update post kali ni. Happy 8 Years Anniversary sayang 💗 Sorry, i can't wish you on that day. sebab tah lah dia mcm buat apa nk wish padahal you don't really mean it pun. So i biarkan dia je yg wish sbb that time I sedih, sebak, emosi semua ada. I taktahu lah kadang diri I tak bg nak faham keadaan padahal I dah adapt dengan benda ni dah bertahun tapi tahun ni sedih dia lain macam hm. I kadang marah diri sendiri kenapalah tak faham-2 keadaan yg paksa kita jd mcmni kadang nak attention pun ada. Kah! But now I dah okay sikit, dah kuat sikit. haha so back to the wish.


Happy 8 Years Anniversary Sayang,
I'm so grateful to have you in my life,
I sayang you,
I always do,
But i'm sorry sometimes I can't control my self,
Selalu emosi, nak itu nak ini,
Sy nak perhatian je senanya, haha :")
I miss youu sayang,
Missyou sooo much :")
Thankyou for yr time,
Thankyou for yr loves,
Thankyou for yr smile,
Thankyou for always caring abt me,
Thankyou for always helping me for the assigment,
Thankyou for always bare with me,
Thankyou for all the memories we've created together,
Thankyou for 2920 days together,
Thankyou for everything my love 💞
I really hope that our relationship wil stay longer 
inshaAllah.
To many more adventure together sayang 💋
i really love you with full of my heart 💕

Saturday, 20 October 2018

Winter.



Hello! its been awhile :") I don't know what is wrong with me. Hmm dah dua minggu sedih. Sedih yang tiada penghujungnya. Setiap malam nangis sorang2. Sedih sangat  sampai tertidur. Then esok bangun tidur pun sedih lagi :") Kesiannya hidup seorang Ainaa ni. Dahlah loner, nak mengadu ke apa kawan tak layan diorang busy dgn hal diorang takkan lah i nak menyemak lagi ngadu itu ini. Well that is so not me at all. Selagi boleh pendam, pendam jela. Selagi boleh bertahan, tahan jela. Ainaa kan kuat. Ye kuat, tolong lah kuat untuk diri sendiri ni Ainaa :")) Macam ni ke rasa orang lain yang tengah putus cinta tu? I dah 7 tahun tak rasa dah lupa macam mana putus cinta  tu. Patutlah bila kawan-kawan i broke up i suruh dorang move on, bukan main payah nak sedarkan dorang. Ohh patutlah :") But don't get me wrong. I tak putus k. I sedih je. Sedih sangat sampai taktahu nak describe macam mana. I just don't know how to. I tanya diri sendiri kenapa ni? Kenapa macam ni? Kenapa lemah sangat Ainaa kan selalu tak macam ni. Selalu kalau ada masalah dia mesti settle cepat2 taknak melarat nanti makan hati. Tapi entahlah tak terdaya kot kali ni. I rindu. Rindu sangat. Rindu kenangan lama. Rindu perangai lama. Rindu dia yang dulu. Yang selalu ada masa untuk i tak kira lah busy mcm mana sekali pun. He'll always text me say "sorry, harini busy gila banyak kerja. goodnight sayang, iloveyouu" or "Morning sayang, harini biy busy snagat bla bla" i missed that 💔😢 Okay I can't stop crying rn 😭 Know what sekarang 5 hari tak WhatsApp tu perkara biasa like nothing happen pun, macam tah kalau ada, adalah. kalau takde, takde. Busy sangat ke tu? Morning / night wish tak boleh ke? I tunggu, hari hari I tunggu :"") Hari-hari juga I pujuk hati sendiri "Na, dia kan busy, takpelah jangan kacau dia kena faham lah sikit apa ni nak sedih-2" Then i hold my tears but just for 1 day je i boleh pujuk hati sendiri. Hari kedua dah emosi. Sambung hari ketiga,keempat & seterusnya sampai lah harini tengah type ni pun nangis non stop. I know to those yg baca ni mesti macam "Amenda la perempuan ni nangis sebab rindu je mengada betul" so to you "pergi mampus"   Birthday I tahun ni :") I sambut sorang-2 je. I punya lah excited nak tunggu wish dari semua orang but nah that time pun I sedih juga sebab haha hidup aku kan menyedihkan. And 4 hari lagi nak anniversary for 8 years :"") Mungkin nangis lagi sebab celebrate sorang lagi. Dia outstation sebulan. So Aina buat2lah faham bahasa yg orang lain sibuk. Kau je yang sendu takde life. Takpe, time tu nanti keluar lah pergi mana-mana hiburkan hati ye? :") (pujuk hati sendiri lagi) Banyak sangat nak luah. Sebab i tak pernah sesedih ni. Dia macam tah sedih sangat kau paham tak Haha Tadi throwback tengok gambar and video lama baru i perasan last buat video sama-sama Feb 2018 :") I hmm 😢😡 Itu belum bila last keluar satu hari dengan dia, June i think last lepak satu hari. Now jumpa untuk teman makan je satu jam setengah or dua jam :") Tapi I dah happy sangat dapat jumpa even sekejap i hargai sangat. Last jumpa haritu i pergi ambik dia kat Putrajaya sentral. That time i dah cm okay sikit dah otw back to normal I macam yeay boleh lah gurau-2 semua sebab dah lama gila tak jumpa kan but that time i taktahu lah maybe dia penat yela kerja mcm org gila kan, Dia mcm tertinggi suara dekat I, hm maybe sebab i annoying so dia malas nak layan :") harhar entah. Malam tu i sedih lagi. ye dah mcm orang putus cinta dah aku ni. I know semua ni jadi sebab dia busy kerja, I taknak gaduh sebab cakap dia dah banyak berubah i dah try tau. i try pujuk hati I, i try nak okay tkyah nangis semua tapi haih  💔 Kitaorg tak gaduh. its just that I yg sedih. 
Nah just share this old picture 2015 :") i miss you so much sayang, I miss us. A lot 💖💑







Monday, 23 January 2017

Tuhan, aku perlu kekuatan.

Hari berganti hari, aku duduk termenung seorang diri menanti sebuah jawapan mengharap sebuah kekuatan. Allah, kali ini dugaan yg tak pernah aku sangka terjadi.

Keluarga yg paling aku sayang, sentiasa ada susah senang, bonda & ayah tulang belakang dalam setiap perkara. Seorang abang yg tak tunjuk kasih sayang dia dgn percakapan tapi perbuatan. Dia, abang yg paling aku sayang. Terima kasih untuk segalanya :')

Kakak, selalu rasa diri dia yg betul tapi sebaliknyaa. Selalu menyibuk hal orang tapi kadang ada betulnyaa. Dulu aku tengok dia bahagiaa tapi sekarang :''')

Dan yg ketigaaa :''') dulu hari hari selalu bergaduh, selalu bercakap benda yg tak penting, suka ambik barang suka hati. Mulanya aku marah tapi sekejap je. Selalu mintak barang & aku tak boleh nak kata "tidak" sebab entahlah harhar pinjam itu ini kadang bergaduh sampai nangis kadang sampai tak bercakap dua tiga hari tapi sekarang lebih dari sebulan. Dah lama tak tengok dia senyum. Allah aku rinduuu :(

Rinduu keluarga yg dulu. Yang bahagiaaa, makan satu meja ramai ramai, tengok tv berkumpul, gelak tawa. :') Ya, mungkin ada hikmah semua ni terjadi kan. Allah Maha Mengetahui. Tetapi sungguh aku tak kuat hadap semua ni sorang diri. Lebih 10 kali menangis tahap mata bengkak sebengkaknya tu dlm bulan ni. Haih bab keluarga emosi dia lain macam.

Semoga hati dia lembut, semoga dia macam dulu balik, semoga semuanya baik baik saja. Aku tak kuat bila tengok mama selalu nangis. Rindu agaknya pada anak yg sorang tu tapi entahlah sebab orang lain semua ni jadi dekat keluarga kita. Makin hari makin renggang. Hm moga Engkau eratkan talian darah ini ya Allah. Kuatkan mama & ayah & juga aku untuk harung semua ni. Aku rinduuu & aku juga perlukan kekuatan. Amin ya rabbal alamin.

Tuesday, 29 November 2016

Dia.

Hi, kenapa datang balik? cukuplah hari hari aku rindu seorang sahabat ni dtg pulak tiba-2. Tahu tak nak lupakan kenangan ni susah :") haih call bila dah angkat cakap hello terus tutup. kenapa? aku tak harap lah apa apa cuma doa semuanya baik-2 & kau bahagia selalu tu je. Walaupun kita dah tak contact tapi aku masih lagi ingat kau selalu ada dgn aku. Mungkin sebab ni lah kan tak boleh lupakan sahabat. Sebab kenangan tu walaupun tak banyak macam kau dgn kawan-2 yg lain tapi ada juga untuk aku rindu & kenang hari-2 :"). Orang kata aku gila sebab sedih & rindu dekat seorang sahabat melebih-2 kalah putus cinta dgn bf. Harhar biar aku sorang jela yg rasa en. Aku sedih bukan takde kawan tapi sedih tak ramai kawan yg perangai macam kau. Bukan tak suka kau pergi. Tapi mungkin inilah yg terbaik kan. Ramai lagi yg perlu kau jaga bukan aku. Aku pandai jaga diri :") Aku tau kita takkan jadi macam dulu pun. Cukuplah kenangan tu simpan je dalam hati buat hilang rindu aku hari-2.Kuat betul penangan seorang sahabat ni kan sampai rindu hari-2. Kasih sayang untuk seorang sahabat ni lain dengan sayang kawan. Beza tau! Sampai sini je untuk hari ni. Bila aku rindu aku post dekat sini lagi ye :") sebab aku tau kau takkan baca pun. Mungkin nak tukar blog ni cerita pasal kau je. harhar istimewa nya kau ni :") Mata dah masuk habuk lah pergi dulu. Assalamualaikum ;) 

Sunday, 16 October 2016

Antara kita.


Kau pergi tinggalkan secebis kenangan sewaktu kita pernah bergelar sahabat. Aku dah cukup bersedia untuk ini dah sampai waktunya untuk kau berasa bahagia dgn orang yg kau sayang. Mungkin ini yg terbaik. Jauh dari sudut hati terlalu rindu akan kenangan tapi lebih baik kita tidak bersua. Cukup sekadar tahu yg kau bahagia. Semoga terus bahagia & sihat selalu yaa :") usaha untuk 4 tahun yg kau dah belajar tu jangan give up, jgn dengar apa orang kataa tau. Aku selalu ada dekat belakang. Dah 3 hari mimpi mungkin terlalu rindu harhar. Selalu marah diri sendiri sebab cakap dah bersedia untuk segalanya tapi hakikatnya setiap kali nampak apa apa yg berkenaan dgn kau, aku jadi tak kuat. Seketul Ainaa yg cengeng. Yaaa, padahal aku yg putuskan kita pilih jalan masing-masing. :")
Terima kasih untuk segalanya. Aku hargai.

SAHABAT

Andai waktu bisa kembali,
Akan ku hargai saat itu,
Allah titipkan rasa rindu ini pada insan yg bergelar sahabat,
Terima kasih pernah menjadi sahabat sejati

Akan ku hargai setiap detik bersama,
Tuhan hentikan rasa ini,
Agar ku tidak lagi berharap akan ikrar janji setia,

Menanti siang & malam,
Kau hilang,
Seperti dedaun yg makin layu,
Menanti untuk gugur dari dahannya.

Dulu aku percaya sahabat itu sentiasa ada,
Tapi sekarang cukuplah sayang & rindu di dalam hati,
Allah kuatkan diri ini moga bisa 
Berdiri tanpa bayang-bayang yg telah hilang,

Pelangi yg indah tidak selalu muncul,
Langit yg biru tidak selalu cerah
Terima kasih untuk segalanya.

Friday, 24 June 2016

The journey.

Assalamualaikum, let me share a story for you gaiss okay? em jap bukan cerita tapi dia macam luahan laa gitu en :) hm semua orang pernah ada masalah betul tak? tapi cara setiap orang untuk handle masalah itu yang berlainan. Ya, memang sukar untuk tempuh semua itu seorang diri even kuna sendiri terkadang rasa down sedownnya hanya Allah je yang tahu waktu itu perasaan yg bercampur sedihh sangat, kecewa, putus asa semuanya lah :") dan waktu itu kita rasa semua orang tak faham kita, bila kita mengadu dorang react "laa lek aa nanti okay lah tu" tu je :") harhar i believed that i'm not alone rite mesti ada kenkawan korang yg macam tu en. 

Nak bangun balik waktu down itu tak semudah yg disangka you know :") hanya orang yg pernah merasa jatuh je tahu macam mana rasa payah nyaa untuk bangun semula hadapi duniaa yg penuh pancaroba ni & to those yg tak bersediaa untuk hadapi dugaan/ujian dalam hidup awaa you better get ready now because kita taktahu musibah datang tanpa diduga.

Kuna sendiri pernah rasa down yang teramat sangat & sekarang pun masih lagi terasa sukar nyaa untuk bangun semula bila kita dah buat sehabis baik untuk sesuatu perkara tapi end up hasilnyaa tak berapa baik walaupun ada peningkatan waktu itu seolah olah duniaa dah gelap & dah tiada arah tujuan terus rasa nak berhenti buat semua benda. Rasa nak menangis meraung sepuas puasnyaa. Hari hari mata bengkak, hari hari pergi tasik sebab tasik tu favourite place kunaa. Rasa aman sangat bila dekat situ.

Dua minggu keadaan masih lagi seperti itu bila bercakap je hal berkenaan air mata tanpa dipintaa mengalir laju. Sampai satu tahap kuna cakap dekat diri sendiri "Dear Ainaa Syuhada, you can't be like this, you need to change yourself. Be a better person, just receive a positive vibes, let it go everything. Start a new life okay, everyone deserve a second chances. Then kunaa tengok balik result sebenarnyaa result tu elok ada je dapat A & boleh dikatakan peratus semua meningkat.Tapi taktahulah mungkin diri ni terlalu mengharapkan lebih daripada itu walhal usaha tidak seberapa baik.

Bila jadi macam ni Kuna ambik keputusan untuk tangguh sem, renung balik diri sendiri apa yg kurang apa yg kuna tak buat apa yang tertinggal, muhasabah balik diri. Waktu ini hanya ada kuna & Allah sahaja tiap tiap malam mesti menangis sedih sangat. Rasa sebak tu sungguh susah sangat nak hilang. Sebab kuna rasa ambik keputusan untuk tangguh tu dah susahkan semua pihak. Kuna rasa dah kecewakan bonda & ayah. Seriously i feel so bad. Tapi nak buat macam manaa kalau still teruskan mungkin lagi kecewakan bonda & ayah & diri sendiri. Lebih baik asingkan diri cari kekuatan semula & baru mulakan perjuangan yg baru.

3 bulan kuna ambik masa untuk kuatkan hati tabahkan diri sendiri, bersedia untuk hadapi dugaan yg datang & now alhamdulillah I can handle by myself. Kuncinyaa sabar, Allah itu sebaik baik perancang. Mungkin Allah tak bagi apa yg kita nak sekarang sebab Dia tahu apa yg lebih baik untuk kita masa akan datang. Allah nak tengok usaha kita & Allah juga nak tengok sejauh mana kitaa punya keyakinan terhadap Diaa. For you gaiss, sememangnyaa waktu down itu waktu yg paling sukar dalam kehidupan tapi kita kena lawan balik, Percayalah akan ada pelangi selepas hujan turun kuncinya Sabar. So thats it. Baca & ambil sebagai motivasi untuk teruskan kehidupan. :)



Friday, 30 October 2015

I'll wait for you to come home.



From 2010 until now 2015. Dari kebudak-budakkan sekarang dah matang, dari takde apa-apa sekarang Alhamdulillah. Dari sekolah, kerja dan study. Dari kurus kepeng ke gemok panda, dari handsome sangat ke handsome sikit, dari jalan kaki ke bas ke motor dan sekarang kereta. Dari takde lesen sampailah ada lesen. Dari lepak Putra sekarang dah boleh lepak mana mana. Dari tak dapat restu mama & ayah dan sekarang Alhamdulillah everything was better than before :') Thankyou Allah for send him to me. I really feel the happiness with him. I really feel happy like before. Once again thankyou :")

So tomorrow is the day, you will go far away from me bcs of works. Its okay I understand, to be honest I'm not strong enough to handle all of this problem just by my self. hm I need you biyy, you're my strength. haihh doakan saya okay awaa :") sayangg, I'm gonna miss you soon. Pls take care of yourself there. I wish you gais will save arrive and come back as soon as possible. Ah, I missyou already hm. Sayang, iloveyouuuu :"")

                                                      I'LL WAIT FOR YOU TO COME HOME. :")

Saturday, 10 October 2015

Sendiri.

Siapa tahu gadis yg sentiasa ketawa riang, 
namun kadangkala dia menangis ketika bersendirian
Siapa tahu gadis yg sentiasa mempunyai masalah sendiri,
 namun boleh selesaikan masalah org lain

Dia.
Ya Dia.
Sentiasa meyakinkan orang yg lemah,
Namun, hakikatnya
Dia sedang mencari kekuatan diri.
Dia masih mampu mengukir senyuman.
Semoga kuat wahai hati
Semoga tabah wahai jiwa
Semoga kekal tenang dikhalayak ramai.
Ya aku perlukan itu.
Terima Kasih untuk segalanya.

Thursday, 24 September 2015

Pemilik Nyawa

Pemilik Nyawa

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian darimu
Ku pasrah kan semua padamu

Tuhan baru ku sedar
Indah di masa haritu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintamu

Kata kata cinta terucap indah 
Mengalir berzikir dihujung doaku
Sakit yg ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir - butir cinta airmata ku 
Teringat semua yg kau beri untuk ku

Ampuni khilaf dan salah selamani ya Ilahi
Muhasabah cinta ku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika ku harusmati
pertemukan ku dengan mu
Kata kata indah terucap indah
Mengalir berzikir dihujung doaku
Sakit yg ku rasa biar menjadi penawar dosaku.

Friday, 18 September 2015

Luka


LUKA

Setiap yg hadir, bukan sia-sia
Dan setiap yg pergi, bukan tanpa hikmah.

Walau dalam mana pun luka yg ditinggal,
pasti itu yg terbaik.

Setiap inci yg terjadi dalam hidup telah 
Allah rencanakan sempurna tanpa cela.

Ya Allah,
Izinkan air mata ini jatuh saat duka,
namun jangan biarkan bibir ini merungut
tanda tiada redha.